HELLO OUR BELOVED GUESTS !

WELCOME TO AZIMAT INN & HOMESTAY SEDILI KECIL WEBSITE.

Fun Activities

Admin pasti pada yang belum pernah menjejakkan kaki di Homestay kami tertanya-tanya, apa aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dibuat di Azimat Homestay di Kampung Sedili Kechil? Admin nak berkongsi serba sedikit tentang aktiviti yang boleh anda sekeluarga alami dan lakukan sepanjang menginap di teratak kami nanti. Admin akan update harga terbaru untuk setiap aktiviti, jadi senang lah nak rancang aktiviti yang sesuai dengan budget poket kan.

Admin sudi nak kongsi semua pengalaman-pengalaman menarik nie tapi dengan syarat, jangan lupa baca entri nie sampai habis tau, kalau tak, rugi lah terlepas info-info menarik nanti. Jangan pulak nanti cakap admin tak payung. Hekhek.

Admin decide untuk share aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Azimat Homestay dahulu, yang tak perlukan modal besar pun untuk buat aktiviti kalau pandai mempelbagaikan aktiviti sepanjang menginap di sini. Asalkan dapat beriadah dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga, ye dak. Lepas tu baru share aktiviti-aktiviti santai dan adventure berdekatan homestay.


1. BBQ bersama keluarga












Part makan berjemaah nie jangan risau, admin confirm semua orang suka. Especially bila dah ramai-ramai. Jadi seronok nak makan sambil berborak, siap jadi tambah berselera bila berebut-rebut, betul tak? Sekitar Kampung Sedili Kecil, sangat mudah nak cari makanan-makanan laut yang segar dan turun terus dari bot nelayan. Nama pun kampung nelayan, sebut saja jenis makanan laut yang berkenan di hati, insyaAllah boleh dapatkan di sini.

Untuk aktiviti BBQ, Azimat Homestay sediakan perkihdmatan tapak BBQ secara PERCUMA tau. Yup, FREE OF CHARGE hanya untuk guest kami yang tercinta. Tak perlu susah-susah bawak dari rumah. Tiada sebarang kos sewa tapak kami kenakan, cuma tapak adalah LIMITED. Kira siapa cepat booking, dia dapat lah. Siapa lambat, dia melepas. Jadi, kalau ada rancang nak BBQ tu, boleh lah whatsapp admin di 017-7692556 untuk booking tapak BBQ siap-siap.

Ohh sebelum terlupa, kami hanya sediakan tapak sahaja ye. Segala ikan, ayam, ketam, udang, hotdog, bahan mentah atau segala yang berkaitan dengan BBQ kenalah sediakan sendiri. Ayam jangan lupa perap siap-siap kasi meresap nyumm nyummm. Arang, fire starter dan kipas jangan lupa juga ;p !


2. Stargazing + Moongazing




Bila waktu malam, aktiviti nie wajib alami & nikmati sendiri setiap kali travel dan bercuti. Inilah masa santai dan chillex yang ada untuk menikmati alam semulajadi dan indah ciptaan Allah. Spend time dengan kawan-kawan atau keluarga, baring atas pasir laut (atau tikar), tarik nafas panjang dan biarkan pola mata anda menikmati keindahan bulan dan bintang di langit. 

Sudah lama sibuk dengan kehidupan kota, jadi inilah saat untuk menikmati kehidupan kampung dan lari dari hiruk-piruk kesibukan dan menghargai langit yang penuh dengan bintang bersinar. InsyaAllah jika cuaca elok, banyak bintang pelbagai bentuk akan muncul, boleh juga ajar anak-anak tentang Sains dan jenis bentuk bintang. Cahaya bintang-bintang nya lebih jelas dari di bandar, mungkin kerana belum tercemar dengan asap-asap yang mencacatkan alam sekitar. Subhanallah, betapa indahnya dunia Allah cipatakan untuk kita jika kita tahu menghargai dan bersyukur.

Menikmati suasana tenang dengan bunyi ombak yang memukul pantai, dan disertai muzik slow atau boleh juga sambil berborak bercerita dengan keluarga, atau berkongsi pengalaman bersama. Mencipta memori manis sebanyak yang boleh. Yang boleh di imbau suatu hari nanti saat kita perlukan detik-detik berharga bersama keluarga. 

Tak perlu keluar modal. Hanya belajar menikmati & menghargai cahaya langit.
Tampak seperti "old school" aktiviti, tapi percayalah.
Suatu hari nanti, anda akan merindui detik star & moon gazing bersama yang tersayang.


3. Camping + Campfire








 Siapa suka ber-camping dan buat campfire nie high five sikit, kita geng yeayy !!! 
Seriously, ini antara aktiviti yang paling seronok tau untuk luangkan masa bersama keluarga. Baru rasai pengalaman baru, duduk bersantai, bernyanyi, bercerita, menari dan bergelak ketawa dengan yang tersayang. Lagi best bila ada salah seorang ahli keluarga yang pandai main gitar. Memang layan habis menyanyi sambil campfire dekat tepi pantai.

Guest boleh sewa khemah dengan pihak pengurusan Azimat Homestay atau boleh bawak khemah sendiri dari rumah dan hanya bayar caj sewa tapak dan caj per kepala sahaja. Kami ada sediakan outside bathroom untuk guest (untuk mandi, tukar baju, dan sebagainya) tapi ia terletak di homestay, which is kena jalan kaki menapak dalam seminit dua jika anda bercamping di tepi pantai. Peralatan lampu dan serbuk blerang untuk elak binatang atau serangga perlu bawak sendiri ye ;p

Suggestion : Kebiasaannya, pada keluarga yang ada baby kecil dan nak selesa, guest akan sewa 1 bilik Standard Room untuk baby dan mummy tidur atau guna dengan selesa while daddy dan abang kakak bercamping dekat pantai. Agak-agak siapa yang tak tahan nyamuk tu, boleh lari tido dalam bilik air-cond pula HEHEHEHE.

Tak payah cakap awak pemalu lah. Bila dah seronok ramai-ramai tu, entah-entah awak yang paling enjoy dan happy bergelak ketawa. Aktitivi nie FREE & EASY, bergantung pada guest untuk buat. Tapi jangan risau, ada tapak untuk buat campfire dan banyak kayu hutan yang boleh dikumpul dan dikutip sekitar pantai homestay. 

Sekali sekala layan camping + campfire nie seronok juga. Baru lah "rare" dan cempoiii.

SEWA KHEMAH (4PAX) : RM50 
TAPAK KHEMAH : RM5 UNTUK SETIAP KHEMAH
CAJ PER PERSON : RM5 SEORANG

4. Celebrate Birthday


Bila dah ramai budak-budak nie, biasanya mesti akan ada terselit sesi makan cake. Boleh lah sambut hari jadi BIRTHDAY BOY atau BIRTHDAY GIRL. Alah, nak sambut birthday mak ayah pun boleh. Sambut anniversary ke. Atau beli cake untuk saja suka-suka untuk memeriahkan dan makan beramai-ramai. Pun boleh apa !!!

Kebiasaannya, guest akan request untuk CELEBRATE BIRTHDAY dekat gazebo homestay. Dan as usual, kami takde kenakan sebarang caj perkhidmatan. Cuma lepas sambut birthday mestilah berselerak kan. Cukup lah sekadar guest kemas balik gazebo dan buang sampah di tong sampah yang kami sediakan. WIN WIN situation. 

Part paling admin suka, bila budak-budak berebut mintak belon dan tiup. Amboi, seronok betul berebut-rebut nak hias belon sane sini, padahal, bukan birthday dia. Tapi, dapat tumpang berebut tiup lilin pun jadi lah. HEHEHEHE.

Seronok kan !

5. KARAOKE night !



Sesetangah family yang sempoi dan sporting memang suka ber-KARAOKE dan having fun menyanyi bersama keluarga. OMAIGOD kalau keluarga awak macam tu, dah boleh dah planning FAMILY DAY dekat Azimat Homestay dan book untuk sewa karaoke awal-awal.

Ada restaurant berdekatan yang sediakan perkhidmatan karaoke, which is public karaoke yang charge RM1.50 untuk setiap lagu. Ada beberapa pilihan tempat karaoke seperti di :

1. Bali, The Wetlands (5minit dari homestay)
2. Jason Bay (5minit dari homestay)
3. Semayong, Sedili Besar (10minit dari homestay) 

Admin saja nak share satu pengalaman gembira. Pernah ada satu family yang menginap di sini, sangatlah sporting, dorang very enjoy the moment together tau, very appreciate waktu bersantai bersama. Dorang nak karaoke tapi tak deal untuk book DJ awal-awal, (kena book awal especially masa cuti sekolah atau cuti umum sebab DJ pun FULLBOOKED hehehe), dan diorang malas nak pergi karaoke dekat public restaurant, jadi that night dorang menyanyi all the night together dekat hall homestay tanpa mic. Just switch on music dan enjoyed their moment menyanyi beramai-ramai. Admin selaku tuan rumah pun dapat rasakan keseronokan dorang sekeluarga. Very sporting & sempoi.

Guest juga boleh book DJ dengan admin at least seminggu sebelum untuk admin dealkan dengan DJ hari dan waktu untuk aktiviti karaoke nie. Kebiasaannya guest akan booking karaoke untuk aktiviti malam, tapi rate harga untuk book DJ sebelah malam adalah lebih mahal berbanding siang.

RATE HARGA SEWA KARAOKE :
11.00 AM - 05.00 PM (6JAM) = RM650
08.30 PM - 11.30 PM (3JAM) = RM400

Mahal juga kan. Tapi sekali sekala tong-tong duit ramai-ramai untuk KARAOKE dengan keluarga apa salahnya. Suggestion admin yang tak gemar habiskan masa semasa travel nie, ajak je ahli keluarga yang "kaki" menyanyi tu pergi ke tempat karaoke berdekatan dan sumbangkan suara dekat sane. Sambil tu boleh mengeteh sekali HEHEHE. Choice is yours bebeh.

6. Sukaneka


















PART NIE PALING BEST !!!

Apa lagi geng ! Inilah masanya nak tunjukkan bakat terpendam dan keluarkan segala kuasa cakrawala untuk menang dapatkan hamper dan hadiah. Macam-macam aktiviti sukaneka yang boleh anda rancang bersama keluarga untuk dilakukan di tepi pantai. Kalau admin borak pasal sukaneka apa boleh main, kang tak tertulis aktiviti yang lain. Jadi, agak-agak rujuk gambar yang admin curik dari google nie, moga memberi idea pada anda untuk buat rancangan bersuka ria bersama keluarga yang admin confirm akan ada yang tergolek terlentang dan tunggang langgang.

Seronok bila ada CABUTAN BERTUAH. Masa nie lah nak bertukar-tukar hadiah dari satu family ke family yang lain. Boleh limitkan harga hadiah dan switch setiap family akan dapat hadiah. Boleh jadi kenang-kenangan. Inilah favorite aktiviti yang guest suka buat. Aktiviti sukaneka mampu merapatkan silaturahim dan mengeluarkan aura gelak ketawa tahap dewa. HEHEHE.

Banyak sangat sukaneka yang anda boleh rancang. 
Rebut kerusi ke, main kotak beracun ke, lompat kuda, lari dalam guni, tarik tali, main bola tampar, tiup belon, masukkan air laut dalam botol, pertandingan bina istana, bawak telur dalam sudu, tarik guna pelepah kelapa, main boling tin, ishhh banyak lagi lah boleh buat.

Tapi, peralatan sendirian berhad ye. 
Pihak pengurusan homestay takde sediakan perkhidmatan untuk sukaneka. Semua sukaneka adalah FREE & EASY dan mengikut masa dan permainan yang guest dah rancang.
Tapak simen untuk sukaneka ada kami sediakan di pantai jika guest taknak main atas pasir laut. 

Jadi apa lagi? IT'S TIME TO HAVING FUN !!!

7. Menikmati "Nature Views" & "Sunrise + Sunset"



















CAPTION : "Biarlah gambar berbicara" ;p

8. Memancing di sungai atau di laut











Memancing merupakan aktiviti utama boleh lakukan di Sedili Kechil yang terkenal dgn aktiviti memancing di sungai atau laut & terkenal dgn makanan lautnya yang segar dan pelbagai seperti udang, ketam, ikan, lobster, kepah, siput, belangkas, lokan, tiram, kupang, sotong & macam-macam lagi. Jika anda peminat tegar memancing, tak sah kalau tak jejak sini. Haa gitu. Sekitar sedili juga ada diadakan pertandingan memancing yang lumayan hadiahnya, seperti sebelum ini di Jason Bay, hadiah 30k jika juara. Berbaloi-baloi kan. 

Selain mencari ikan segar atau makanan seafood lain yang segar, anda juga boleh membeli pelbagai jenis ikan & seafood di tempat jualan ikan fresh di sini, siap boleh tunggu bot balik, dan pilih hidup-hidup lagi. Betul-betul fresh tuuu. Jangan risau. Kalau nak memancing, sini mmg dunia anda. Boleh pacak di jeti-jeti yang sedia ada di sekitar sungai, atau memancing di atas jambatan dan di bawah. Terpulang kepada keselesaan anda. 

Pada yang extreme & ada budget lebih, boleh juga tempah & sewa bot untuk memancing di sungai dan laut. Pihak homestay boleh arrange kan tempahan anda dengan pemilik bot tanpa sebarang caj tambahan. Caj sewa bot bergantung kepada masa (berapa lama) dan lokasi ( tempat yang anda ingin pergi untuk memancing) dan harga boleh bincang dengan owner bot. Pihak homestay tak terlibat dengan sebarang caj yang dikenakan. 

Kalau tanye ikan apa yang ada di Sedili nie, admin pun tak berapa pasti. Mungkin ikut musim & rezeki. Ramai juga yang memancing udang, atau memukat ikan di pantai. Nak cari belangkas fresh pun ada, lobster pun ada. 🐠🐳🐙🐟🐋 Kenapa banyak sangat yang fresh? Dah habaq dah tadi, ini lubuk makanan laut. Hehehe. Jadi, best ke best? Jom la cuba nasib anda, tengok dapat ikan apa. Kalau nasib tak menyebelahi, boleh beli ikan fresh terus untuk di bawa balik 🙈🙈🙈 

Admin suka jalan petang-petang dan tengok apa hasil tangkapan pemancing-pemancing kita. Pernah sekali tu, dapat ikan besar sangat, bila tanye, ikan pancing ke tu? Rupanya dengan hasil penat lelah melayan rod supaya tangsi tak putus, dapat lah dia ikan besar gedabak untuk dibawa pulang. Alhamdulillah rezeki. Masa tu, dia memancing di bawak jeti Sedili Kecil sahaja. Memang besar. Sayang admin terlupa bawak hp masa tu, kalau tak boleh tangkap gambar. 

Paling win bila dah seharian memancing, malam buat BBQ dekat Azimat Homestay 🔥🔥🔥 Tapak BBQ percuma je, tapi jangan lupa bawak arang & fire starter. Kalau nak cerita bab memancing nie, memang 3 hari 3 malam tak habis cerita. Apa kata anda plan dengan keluarga dan kawan, terus mancing 3 hari 3 malam dekat sini terus 🙈 

9. Kiteboarding











Kiteboarding adalah antara aktiviti yang sangat sesuai dijalankan di sekitar Pantai Sedili Kecil. Khas buat peminat sukan air, pantai yang landai di sini menjadikan lokasi pantai ini sangat sesuai untuk bermain KITEBOARD apabila musim angin & berombak. Pada awal 2016, Sedili Inn Resort menganjurkan SEDILI KITEBOARDING CHALLENGE 2016 which is FIRST TIME IN MALAYSIA dan dapat sambutan hangat dari "kireboarder" dari Malaysia & juga luar negara. Anda boleh ber"kiteboarding" di pantai dengan selamat. Harap maklum bahawa pihak homestay tiada menyediakan perkhidmatan sewa segala peralatan untuk Kiteboard. Anda perlu bawa peralatan sendiri. 

10. Surfing



Selain daripada kiteboarding, Sedili Kechil juga menjadi tarikan buat surfer-surfer tempatan mahupun antarabangsa. Surfing adalah antara aktiviti yang sangat sesuai dijalankan di sekitar Pantai Sedili Kecil. Kebiasaannya surfer melakukan aktiviti sukan air ini di Pantai Tanjung Buluh yang berdekatan dengan homestay kerana di sana adalah kawasan laut lepas dan ombak di sana lebih besar berbanding di Pantai Sedili Kechil.

 Khas buat peminat sukan air, pantai yang lberombak di sini menjadikan lokasi pantai ini sangat sesuai untuk bermain SURFING apabila musim angin & berombak. Lagi sekali admin nak maklumkan bahawa pihak homestay tiada menyediakan perkhidmatan sewa segala peralatan untuk Surfing. Anda perlu bawa peralatan sendiri ye.



.