HELLO OUR BELOVED GUESTS !

WELCOME TO AZIMAT INN & HOMESTAY SEDILI KECIL WEBSITE.

August 10, 2014

ABOUT US.
Click on "View Web Version" for more details.



Azimat Inn & Homestay Sedili Kecil terletak di sebuah perkampungan nelayan di Sedili Kechil, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor yang terkenal dengan kawasan memancing, kawasan riadah bersama keluarga dan aneka makanan laut yang segar.

Berdekatan dengan pantai, dengan suasana nyaman dan santai, serta pemandangan alam semulajadi yang menarik & mempersonakan. Pantai nya yang landai, sesuai untuk dijadikan lokasi beriadah atau FAMILY DAY bersama keluarga tersayang. 

Azimat Inn & Homestay berkonsepkan bilik-bilik penginapan yang bersih dan selesa untuk anda sekeluarga. Dan atas permintaan ramai, kini kami menyediakan perkhidmatan homestay yang berkonsepkan sebuah rumah yang ada beberapa bilik di dalam rumah & lengkap dgn peralatan memasak di dalam unit rumah tersebut. 


Azimat Inn & Homestay adalah satu bangunan besar yang baru beroperasi sejak tahun 2014 secara kecil-kecilan dan masih dalam proses menaiktaraf. Kami beroperasi setiap hari. Azimat Inn & Homestay terdiri daripada 10 bilik inn & dua unit rumah yang sememangnya akan menjadi kegemaran para tetamu yang datang berkunjung.


2 unit HOMESTAY (3 bilik 2 bilik air)
1 unit SINGLE ROOM - 2 orang/bilik
1 units QUEEN ROOM - 2 orang/bilik
4 units DELUXE ROOM - 4 orang/bilik
2 units FAMILY ROOM - 6 orang/bilik
2 units SUPER FAMILY ROOM - 8 orang/bilik


Untuk senarai harga & gambar bilik, sini CLICK DI SINI. Azimat Inn & Homestay boleh memuatkan seramai 70 guests setakat ini dan menyediakan perkhidmatan bilik-bilik yang cantik, bersih, kemas dan selesa untuk anda sekeluarga dengan harga berpatutan. 

Disebabkan Azimat Inn & Homestay berkonsepkan perkhidmatan bilik, jadi kami tidak mempunyai dapur di dalam setiap bilik. Tetapi atas permintaan ramai, pihak Azimat Homestay telah menyediakan perkhidmatan sewaan OUTSIDE KITCHEN untuk kegunaan memasak jika ada event FAMILY DAY dengan harga yang berbaloi.

Di setiap bilik, kami menyediakan ruang untuk solat serta menyediakan sejadah dan arah kiblat untuk guest. Jika anda sekeluarga memerlukan ruang yang lebih besar, Azimat Homestay ada menyediakan SURAU untuk solat berjemaah. Tetapi surau hanya akan dibuka untuk waktu-waktu tertentu sahaja.

Di Azimat Homestay, kami menyediakan ruang luas untuk anda sekeluarga ber-BARBEQUE (meja dan kerusi disediakan) dan kami menyediakan perkihdmatan tapak BBQ secara PERCUMA, tiada sebarang caj pembayaran akan dikenakan. Tapak BBQ hanya berhadapan dengan bilik-bilik atau berhadapan dengan pemandangan laut dan sangat sesuai untuk dijadikan tempat bersantai seisi keluarga. 

Kami juga ada menyediakan tapak perkhemahan serta khemah untuk disewa di tepi pantai, dan juga tapak futsal atau boleh juga digunakan untuk kegunaan aktiviti-aktiviti lain seperti sukaneka dan sebagainya. Juga gazebo yang boleh digunakan untuk bersantai sekeluarga. Semua gambar boleh rujuk di bahagian facilities.

Selain itu, DEWAN SERBAGUNA TERBUKA kami juga masih dalam penambahbaikan, sesuai untuk aktiviti sukaneka, bersantai, malam kebudayaan atau aktiviti-aktiviti yang lain. Sangat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk BEACH WEDDING dan disertai lampu-lampu neon berkelipan yang cantik serta suasana pantai yang tenang dan romantik. 

Untuk details yang lebih lengkap tentang kemudahan facilities yang Azimat Homestay sediakan beserta dengan gambar, anda boleh rujuk DI SINI. 

Berkenaan kawasan pantai, pantai di belakang Azimat Homestay adalah landai dan selamat untuk bermandi-manda. Ketika musim tengkujuh atau musim ombak kuat, anda juga boleh melakukan aktiviti KITEBOARDING di pantai.

Selain terkenal dengan aktiviti memancing dan mewah dengan makanan-makanan laut yang pelbagai, anda sekeluarga juga tidak harus melepaskan peluang untuk melawat kawasan-kawasan yang menarik berhampiran homestay seperti kraftangan, tempat penternakan belangkas dan lobster (udang kara), The Wetlands, Pantai Tanjung Buluh, tempat menarik untuk memancing dan beriadah serta banyak lagi. 

Untuk info & gambar tentang TEMPAT MENARIK sekitar Azimat Homestay, CLICK SINI !

Terdapat pelbagai jenis aktiviti FREE & EASY yang boleh anda rancang sepanjang penginapan anda sekeluarga di Azimat Homestay. Tidak lupa juga aktiviti Stargazing, BBQ, Surfing, Kiteboarding, River Cruise, meneroka Firefly (kunang-kunang), berkayak, sukan lasak bermain ATV dan banyak lagi.

Untuk memudahkan anda, kami ada senaraikan 20 aktiviti yang boleh dilakukan sekitar Azimat Homestay beserta harga terkini untuk memudahkan anda merancang aktiviti mengikut budget poket anda.

Kesimpulannya, tidak rugi jika anda berkunjung di sini. 

Jom bercuti bersantai bersama keluarga di Azimat Homestay yang menjanjikan bilik penginapan yang bersih, selesa dan menyeronokkan untuk anda sekeluarga. Alami pengalaman bercuti di kampung yang kaya dengan makanan laut segar dan pelbagai aktiviti menarik yang dapat anda lakukan bersama keluarga tersayang dan mengeratkan silaturahim serta bersuka ria bergelak ketawa.


SURVEY, EXPLORE & HAVE A LOOK AT OUR ROOMS & RATES, PACKAGES AND KINDLY CONTACT US NOW FOR ROOM'S RESERVATION/BOOKING OR ANY INQUIRIES.

CALL : 017-386 2005
WHATSAPP : 017-386 2005

WITH LOVE,
AZIMAT HOMESTAY MANAGEMENT.


Let's escape the city for a weekend !


ALL RIGHTS RESERVED. UPDATED OCTOBER 2021.



.